Program DTT Bersama MIV Kluster Kuching

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan program DTT bersama MIV bagi kluster Kuching bersama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Jurulatih yang terlibat adalah Encik Tahir Musa dan Encik Suhaimi Md Said serta 21 orang peserta. Turut hadir juga adalah Encik Adiman Ajem, Pengarah Wilayah Sarawak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Program berlangsung untuk memberi penerangan kepada sukarelawan berkenaan dengan pelaksanaan Analogue Switch Off bersempena pelancaran Siaran TV Digital yang berlangsung di seluruh Malaysia amnya, Sarawak khususnya.

Peserta juga perlu melaksanakan program bersama komuniti setempat bagi memastikan program ini kelak mencapai sasaran yang dikehendaki. Peserta juga turut diberi pendedahan cara-cara membuat laporan kepada SKMM untuk tujuan rekod dan pensijilan kepada penyertaan peserta berikut. Program berlangsung selama 3 jam iaitu bermula daripada jam 9:30 pagi hingga 12:30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali